CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday 24 August 2011

Anti Paranormal (sains, logik dan al-Quran)

http://penyingkapfakta666.blogspot.com/2011/08/tinjauan-ke-lokap-banduan-terakhir-dan.html

Halaman maya sebagai sumber penyebaran maklumat sangat berleluasa pada ketika ini, tidak terlepas dari pandangan masyarakat materialistik yang mengeksploitasikan penggunaannya kini. Skim cepat kaya, MLM sudah jelas dan nyata, tetapi masih dipraktikan, kini laman sesawang menjadi sumber penyebaran tanpa sepadan.

Pemulaan penulisan ini bukan menyingkap fakta berkenaan MLM, tetapi mensasarkan penggunaan media maya sebagai medium penyebaran fahaman paleolitik serta mendapatkan keuntungan berdasarkan kaedah sains, logik dan al-Quran.

Di awal penulisan disertakan alamat penyiasatan berkenaan kes paranormal yang dijalankan di bekas penjara pudu. Aktiviti yang dilaporkan seorang daripa krew tersebut telah tercampak ke dinding disusuli muntah darah. Terlintas di benak pemikiran saya, seperti pernah terlihat fenomena tersebut, adakah kejadian tersebut benar-benar terjadi dan saya pernah menyaksikannya sendiri. Ohtidak! saya pernah melihat adegan tersebut melalui rancangan telivision Supernatural siri 3. Berdasarkan rancangan tersebut Dean dan Sam Wincester dipaku kedinding menggunakan kuasa syaitan (Deimon).

Persoalannya sekarang, adalah rancangan telivision seperti Supernatural merosakkan akidah atau rakyat Malaysia sendiri yang mengekploitasi rancangan tersebut yang merosakkan akidah ataupun perkara tersebut benar-benar wujud?